Thursday, January 3, 2013

NEW YEAR NEW 2013

Assalamualaikum everyone. Memang Elly mengaku macam lama tak update blog kan? Hee dah masuk tahun baru pun.

HELLO 2013 !!! 

and HAPPY NEW YEAR EVERYONE !

Erm, kalau orang lain sambut new year, tapi Elly masa ni baru nak sambut birthday Elly yang ke-20. Kesian betul, kalau orang lain dah nak masuk 21 tahun tapi Elly baru 20 tahun. Nak mengaku 21 tahun pun macam kekok je. Hee.

Sambung balik, disebabkan 26hb tu Elly still dekat KL so Elly kena balik Penang dulu untuk sambut birthday dengan family tersayang. Family kami mmg simple takda nak sambut besar-besar pun. Kami akan pergi PIZZA HUT and melantak habis-habisan. Thats it sebab itu yang mama abah Elly selalu ajar kami adik-beradik. Hidup biar sederhana, supaya tak rasa diri ni riak and besar dari orang lain. Elly memang suka pendirian macam ni. Hehe. I LOVE BOTH OF MY PARENTS. Muah muah !

So apa yang Elly buat time ni ialah kami pi QB untuk makan pizza and nak jenguk my sepupu dekat situ. HAHA mentang2 la baru habis SPM kan, semua orang tengah kerja sekarang ni termasuk la si Feeqa ni haa. Apa lagi? Dia yang ambil order and dia pun tumpang sekaki. HAHA. Disebabkan makan kali ni untuk my birthday so menu semua Elly yang pilih. Hehe jadi Elly memang pilih ikut citarasa Elly dulu then baru adik2 boleh pilih. Demand tak? "TAK TAK ! Sebab time birthday ampa, ampa pilih kan? kali ni biaq kakak pilih pulak." HAHA

Time petang tu pulak, kami pergi Pesta Penang. Yela, dah nak habis dah pun pesta ni. So kami pun pergi la konon nak tengok-tengok apa yang ada kan? Tapi tapi secara kebetulannya time kami pi tu, Najwa Latiff datang rupanya nak buat show. Apa lagi? Elly yang secara tak langsungnya ada dekat pentas besar tu 15 minit before show terus tarik adik2 pi duduk line depan sekali. HAHA sebab nak tengok Najwa tu real. Adik2 pulak, 'nak tgk dekat sikit, betoi ka macam dlm video?' HAHAHA. And yes, Najwa memang comel sebab dia sangat tembam :)

Haaa lepas habis pesta tu, kami pun balik la. 2 lebih pagi tu baru sampai. Penat seriously penat. Balik tu, Elly kena online, check order and payment dulu baru boleh tido. Nak dekat pukul 4 jugak la baru tido. And don't ask Elly bangun pukul berapa okay? Semua orang dalam rumah ni lena tak sedar diri. Subuh tu pun liat jugak nak bangun, tapi alhmadulillah semua bangun la. Lepas tu, dah pengsan balik. HAHA :D

Here are the pictures ! Hehe :D

Mama and my brothers ! Semua segak belaka. Hehe :D

Ini pulak si Feeqa yang join sekaki makan Hehe :D

And ni pulak Elly. *Elly tau Elly dah makin gemuk sikit sekarang. Nampak tak betapa tembamnya pipi tu? UNBELIEVABLE ! Arghhh

And yang ni, NAJWA LATIF dekat Pesta Penang okay? :)

Tata for now. Lepas ni Elly nak update pasal vitamin C. Tunggu tau !
Btw mungkin ada yang dah tahu, boleh tengok dekat sini dulu Hee.
--> http://www.facebook.com/pages/Felyra-Beaucare/321539414621155


LOVE YAA!

3 comments:

  1. Fuyooo comelnyaaa mama sys , mudaaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA dia mmg nmpk mudaaaa. awet kott HAHA

      Delete
  2. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete